Kini saya lebih yakin
dengan perniagaan saya kerana
saya tahu dengan tepat dan cepat
berapa kos dan keuntungan
saya sebenar!


Baru-baru ini saya check dengan isteri saya yang buat kuih secara kecil-kecilan untuk dijual kepada kawan-kawan, alangkah terkejutnya kami apabila ada di antara biskut-biskut yang disangkakan memberi banyak keuntungan rupa-rupanya tidak!

Kenapa begitu...?
Kadang-kadang kita kira secara kasar. Kita lupa selain dari kos bahan mentah, kita juga ada kos-kos lain seperti pengangkutan, api, air, kos susut nilai peralatan dan sebagainya. Kadang-kadang pula kita tersalah kira!... Al-ma'alumlah... kira secara manual!

Sekiranya anda juga ada mengeluarkan apa jua makanan untuk dijual... Laman web ini sememangnya saya sediakan untuk anda menggunakannya SECARA PERCUMA!.

Ya... ianya PERCUMA!.
Walau pun ianya hanya perkiraan yang agak mudah, banyak faedahnya anda menggunakan laman web "Misti Mau Kira" ini...

  • Mudah bagi anda membuat perkiraan. Ia bukan sahaja cepat bahkan tepat!
  • Selamat kerana segala data-data yang anda gunakan akan disimpan di dalam database yang hanya anda seorang dapat melihatnya
  • Senang untuk anda mengubah angka-angka yang anda gunakan di dalam perkiraan dan melihat resultnya dengan cepat. Misalnya ketika naiknya harga barang, anda cuma perlu updatekan harga baru barang tersebut... nah terus dapat kos pengeluaran yang baru!
  • Anda boleh merujuknya pada bila-bila masa di mana jua asalkan ada perkhidmatan internet
  • Tiada Limit untuk anda menggunakannya walau seberapa banyak jenis produk pun

Banyak lagi manfaat lain yang akan dapat anda alami.

Ini hanyalah permulaan. Dari masa ke semasa saya akan cuba menyediakan program aplikasi lain untuk kegunaan anda, terutamanya yang diperlukan oleh ramai pengguna.

Bagaimana Menggunakannya...?

  1. Daftarkan diri anda sebagai pengguna. Klik butang Menu 'Daftar' atau Klik Di Sini
  2. Log masuk menggunakan username anda dengan mengklik Login atau pun Klik Di Sini
  3. Masukkan data kos bahan mentah dengan mengklik butang Menu Bahan atau Klik Di Sini
  4. Buka fail resepi anda dengan mengklik butang Menu Resepi atau Klik Di Sini
  5. Di laman Resepi, anda boleh pilih di antara resepi-resepi yang telah anda namakan untuk perkiraan

Hah...
Tunggu Apa Lagi...?
Cubalah...!